Notis kepada Ibu Bapa


Notis kepada Ibu Bapa yang berikut ("Notis") ditujukan kepada ibu bapa dan penjaga, dan dikemukakan apabila mereka mencipta Akaun EA bagi anak mereka. Ia adalah tambahan kepada Dasar Privasi dan Kuki EA. Kami menganggap "kanak-kanak" sebagai sesiapa sahaja yang di bawah umur minimum persetujuan digital di negara atau wilayah mereka.

EA mengiktiraf kewajipan khas untuk memaklumkan anda, sebagai ibu bapa atau penjaga, tentang aktiviti dalam talian anak-anak anda supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik bagi anak anda. Dengan mencipta Akaun EA bagi anak anda, anda akan membenarkan mereka menikmati permainan kami pada platform permainan pilihan anda.

Jika anda bermain pada konsol (seperti konsol PlayStation®5, Xbox Series X|S atau Nintendo Switch™), anak anda mungkin berpeluang untuk bermain dalam talian dan mengambil bahagaian dalam ciri sosial. Anda boleh mendayakan ciri ini melalui kawalan ibu bapa yang berkaitan dengan akaun kanak-kanak pada konsol anda, atau ciri tersebut mungkin telah didayakan secara lalai. Ciri-ciri tersebut termasuk:

Kawalan ibu bapa untuk konsol anda juga membolehkan anak anda membuat pembelian. Sila semak Player and Parental Tools (Alat Pemain dan Ibu Bapa) yang tersedia dalam konsol anda dan laraskan tetapan anda, mengikut kesesuaian.

Jika anda bermain di EA app, buat masa ini ia tidak menyokong ciri sosial (seperti teks atau sembang suara) untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sesetengah permainan mungkin membenarkan mod berbilang pemain, sehingga ke tahap tidak membenarkan kanak-kanak mendedahkan maklumat peribadi tentang diri mereka sendiri.

EA akan memproses maklumat tentang permainan anak anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi dan Kuki kami. Sila ambil perhatian bahawa komunikasi dan interaksi sosial anak anda adalah tertakluk pada pelarasan, termasuk pemantauan, rakaman, semakan dan pengekalan komunikasi suara atau teks mereka. Butiran lanjut boleh didapati dalam Dasar Privasi dan Kuki kami (Bahagian 2(D)) dan Perjanjian Pengguna (Bahagian 6).

Kami mungkin menghubungi anda melalui alamat e-mel anda jika anak anda terlupa kata laluan mereka atau kami mempunyai maklumat penting untuk diberikan kepada anda mengenai Akaun EA atau permainan kami. Kami tidak akan menggunakan alamat e-mel anda untuk pemasaran, setakat hanya disediakan sebagai sebahagian daripada penciptaan akaun kanak-kanak. Walau bagaimanapun, jika anda juga mempunyai Akaun EA dewasa dengan alamat e-mel yang sama, anda mungkin menerima bahan pemasaran dan komunikasi akaun dalam konteks tersebut.

Jika anda ingin menyemak atau mengemas kini maklumat yang dikumpulkan tentang akaun kanak-kanak, atau meminta maklumat anak anda dipadamkan, sila layari portal My Privacy Rights kami untuk arahan mengenai penyerahan permintaan anda. Pemadaman maklumat anak anda boleh mengakibatkan ketidakupayaan mereka untuk mengakses produk dan perkhidmatan EA yang berkaitan dengan akaun mereka.

Kami akan memaklumkan anak anda apabila mereka cukup umur untuk mendaftar Akaun EA dengan sekatan yang berkurangan.


Kemas kini terakhir: Jun 21, 2024