Notis Privasi Calon


Privasi anda adalah penting bagi EA dan kami bertanggungjawab untuk menjaganya secara serius. Notis Privasi Calon ini menerangkan cara Electronic Arts Inc. ("EA Inc.") dan/atau anak syarikat tempatannya seperti yang diterangkan dengan lebih baik dalam Bahagian 11 di bawah ("EA", "kami"), menggunakan maklumat peribadi daripada calon yang kami pertimbangkan dan/atau ambil bekerja untuk jawatan di EA, termasuk apabila calon mewujudkan Akaun Papan Tanda Pekerjaan EA pada ea.gr8people.com ("Akaun"), selainnya melibatkan diri dengan perkhidmatan pengambilan pekerja EA global dan/atau tempatan, atau apabila EA mencari secara proaktif calon yang berpotensi (secara kolektif, "Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA"). Notis ini juga menerangkan cara kami menggunakan maklumat peribadi daripada individu yang menyediakan surat perakuan untuk calon ("referi"). Dalam beberapa keadaan, anak syarikat kami boleh dianggap sebagai pengawal data, sama ada bersama dengan EA atau bersendiri.

1. Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan

Kami boleh mengumpulkan maklumat peribadi seperti berikut:

A. Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami Secara Langsung

B. Maklumat Yang Diberikan kepada Kami oleh Pihak Ketiga

Kami menerima maklumat daripada pihak ketiga, seperti yang berikut:

Sila lihat juga Bahagian 10.A: “Notis Pengumpulan” untuk senarai jenis maklumat yang kami kumpulkan, seperti yang diterangkan mengikut kategori yang dinyatakan dalam undang-undang California, yang digabungkan ke dalam seksyen ini melalui rujukan.

C. Maklumat yang Dikumpulkan Secara Automatik

Kami dan pihak ketiga boleh mengumpulkan maklumat peribadi tambahan seperti alamat IP, pengecam mudah alih dan perkakasan atau peranti, maklumat pelayar, jenis platform dan maklumat yang serupa apabila anda menggunakan Akaun anda atau berinteraksi pada ea.gr8people.com.

Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan pada pelayar Internet. Kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk membantu membolehkan fungsi pada laman kami, membantu log masuk pihak ketiga (cth. LinkedIn), atau membantu dalam menguruskan sesi pengguna (seperti sama ada anda telah mewujudkan profil atau untuk memandu arah ulang-alik dalam sesi yang sama), dan untuk memahami cara anda menggunakan Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA.

Kami menggunakan teknologi lain untuk tujuan yang serupa dengan kuki. Kami mungkin menggunakan piksel penjejakan atau GIF yang jelas untuk mengumpulkan maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA oleh anda, termasuk untuk analisis. Kami menggunakan fail log Internet (yang mengandungi data teknikal seperti alamat IP dan peranti anda) untuk memantau trafik web dan menyelesaikan masalah teknikal.

Kami akan memaparkan cara untuk anda menguruskan pilihan anda tentang pemuatan kuki dan teknologi yang serupa apabila dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Kami juga akan bergerak balas dengan isyarat Do Not Track (Jangan Jejaki), khususnya Kawalan Privasi Global (Global Privacy Control) atau "GPC,” apabila dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

Dengan tiadanya cara yang diberikan untuk menguruskan pilihan anda pada laman web kami, atau sebagai pelengkap bagi kefungsian ini, sila uruskan pilihan pelayar anda. Anda boleh melumpuhkan kuki, mengehadkan jenis kuki yang dibenarkan atau menetapkan pelayar anda untuk memberikan amaran kepada anda apabila kuki sedang dihantar. Sila rujuk panduan yang disediakan oleh pelayar web individu anda jika anda ingin membantu dalam menguruskan pilihan kuki anda. Sila ambil maklum bahawa melumpuhkan kuki tertentu mungkin memberikan kesan terhadap kefungsian sesetengah ciri dalam laman web kami.

2. Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi

EA menggunakan maklumat yang diterangkan di atas untuk:

*Anda boleh menarik diri daripada menerima surat berita e-mel daripada EA pada bila-bila masa dengan mengklik pautan unsubscribe (tarik diri pelangganan) dalam setiap surat berita e-mel yang mungkin anda terima.

Maklumat demografi akan digunakan untuk tujuan statistik, tetapi ia tidak dipertimbangkan oleh EA dalam keputusan pengambilan pekerjanya. Calon tidak akan dikenakan apa-apa perlakuan buruk akibat daripada jawapan yang diberikan atau apa-apa keputusan untuk tidak menjawab. Pengumpulan dan penggunaan data ini adalah tertakluk pada undang-undang tempatan.

EA menggunakan alat dalaman untuk menganalisis maklumat penggajian anda (yang, antara lain, merangkumi tarikh mula penggajian, butiran tawaran dan pemeriksaan latar belakang). Untuk berbuat demikian, EA memproses maklumat penggajian anda yang kebanyakannya dalam bentuk agregat. Ini membolehkan kami memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang trend penggajian dan keperluan tenaga kerja kami.

3. Siapa yang Mungkin Menerima Maklumat Peribadi Anda

Penyedia perkhidmatan. Vendor dan penyedia perkhidmatan lain yang membantu kami mengendalikan perniagaan kami dan memberi anda Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA, mungkin menerima maklumat peribadi anda. Kami menghendaki mana-mana penyedia perkhidmatan yang memproses maklumat peribadi anda supaya hanya berbuat demikian bagi pihak kami dan untuk tujuan yang selaras dengan Notis ini, seperti tujuan yang diterangkan dalam Bahagian 2: Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi.

Pendedahan untuk melindungi kami atau orang lain. Kami boleh mengakses, mengekalkan dan mendedahkan apa-apa maklumat yang kami simpan yang berkaitan dengan anda kepada pihak luar jika kami, dengan suci hati, percaya berbuat demikian diperlukan atau sesuai untuk: mematuhi penguatkuasaan undang-undang atau permintaan keselamatan negara dan proses perundangan, seperti perintah mahkamah atau sepina; melindungi hak, harta atau keselamatan anda, kami atau orang lain; menguatkuasakan dasar atau kontrak kami; mengutip jumlah terhutang kepada kami; atau membantu dengan penyiasatan atau pendakwaan aktiviti haram yang disyaki atau sebenar.

Pendedahan sekiranya berlaku penggabungan, penjualan, atau pemindahan aset lain. Sekiranya berlaku penyusunan semula, penyahlaburan, penggabungan, penjualan atau kemuflisan, kami boleh memindahkan semua maklumat yang kami kumpul kepada pihak ketiga yang berkaitan dan akan mendapatkan kebenaran anda untuk berbuat demikian jika dikehendaki oleh undang-undang atau kontrak.

Pemalam pihak ketiga. Apabila teknologi pihak ketiga atau alat sosial diintegrasikan ke dalam Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA kami, pihak ketiga itu boleh mengumpulkan maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA kami oleh anda. Contohnya, apabila anda memohon pekerjaan EA dengan menggunakan LinkedIn.

Calon. Pendapat referi mungkin dikongsi dengan calon yang berkaitan dalam hal keadaan terhad.

Dengan persetujuan anda. Kami mungkin mendedahkan maklumat anda kepada penerima lain dengan persetujuan nyata anda, melainkan dinyatakan sebaliknya di atas.

4. Asas Undang-undang Untuk Pemprosesan

Kami bergantung pada beberapa alasan undang-undang untuk memproses maklumat peribadi anda. Contohnya, kami akan memproses maklumat peribadi anda jika kami mempunyai persetujuan anda, jika kami mempunyai kepentingan sah untuk berbuat demikian (dan kepentingan sah itu tidak diatasi oleh kepentingan perlindungan data atau hak dan kebebasan asasi anda), jika pemprosesan adalah perlu bagi pelaksanaan kontrak dengan anda, atau jika kami mempunyai kewajipan undang-undang untuk memproses maklumat peribadi anda. Bagi calon EA yang tinggal di rantau tempat kepentingan sah tidak diakui sebagai asas yang sah di bawah undang-undang yang terpakai, seperti Tanah Besar China, EA akan mengenal pasti dan menggunakan asas sah lain yang sesuai untuk memproses maklumat peribadi anda seperti yang disenaraikan di atas.

Jika anda ingin mendapat tahu dengan lebih lanjut tentang alasan undang-undang khusus yang padanya kami bergantung untuk memproses maklumat peribadi anda bagi apa-apa tujuan tertentu (termasuk apa-apa kepentingan sah yang kami punyai untuk memproses maklumat peribadi), maka sila hubungi kami dengan menggunakan butiran yang disediakan di bawah.

5. Tempat Kami Memegang Maklumat Peribadi Anda

Apabila mengakses Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA, termasuk yang boleh didapati pada platform pihak ketiga, maklumat peribadi anda biasanya dikumpulkan oleh EA secara langsung dan diproses di Amerika Syarikat. Maklumat peribadi yang kami kumpulkan boleh kemudiannya disimpan dan diproses untuk tujuan yang dinyatakan dalam notis ini di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain tempat EA, anak syarikat atau ejen pihak ketiganya beroperasi. Dengan mempersetujui pemindahan data peribadi anda di luar negara tempat tinggal anda, anda mengakui bahawa maklumat peribadi anda boleh dipindahkan kepada penerima di Amerika Syarikat dan negara lain yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan privasi yang sama seperti undang-undang di negara tempat tinggal atau kewarganegaraan anda.

EA mematuhi Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. (DPF EU-A.S.), Lanjutan UK ke DPF EU-A.S. dan Rangka Kerja Privasi Data Swiss-A.S. (DPF Swiss-A.S.) seperti yang dinyatakan oleh U.S. Department of Commerce (Jabatan Perdagangan A.S). EA telah mengesahkan kepada U.S. Department of Commerce (Jabatan Perdagangan A.S) bahawa ia mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. (Prinsip DPF EU-A.S.) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima dari Kesatuan Eropah dengan pergantungan pada DPF EU-A.S. EA telah mengesahkan kepada U.S. Department of Commerce (Jabatan Perdagangan A.S) bahawa ia mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data Swiss-A.S. (Prinsip DPF Swiss-A.S.) berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang diterima dari Switzerland dengan pergantungan pada DPF Swiss-A.S. Jika terdapat apa-apa percanggahan antara terma dalam notis ini dan Prinsip DPF EU-A.S. dan/atau Prinsip DPF Swiss-A.S., Prinsip hendaklah terpakai. Untuk mendapat tahu dengan lebih lanjut tentang program Rangka Kerja Privasi Data (DPF) dan untuk melihat pensijilan kami, sila lawati https://www.dataprivacyframework.gov/.

EA bertanggungjawab terhadap pemprosesan data peribadi yang diterima olehnya, di bawah Rangka Kerja Privasi Data, dan kemudiannya pemindahan kepada pihak ketiga yang bertindak sebagai ejen bagi pihaknya. EA mematuhi Prinsip Rangka Kerja Privasi Data untuk semua pemindahan data peribadi ke hadapan dari EU dan Switzerland, termasuk peruntukan liabiliti pemindahan ke hadapan.

Federal Trade Commission mempunyai bidang kuasa ke atas kepatuhan EA dengan DPF EU-A.S. dan DPF Swiss-A.S. Dalam situasi tertentu, Electronic Arts Inc. mungkin dikehendaki supaya mendedahkan data peribadi sebagai gerak balas kepada permintaan yang sah oleh pihak berkuasa awam, termasuk untuk memenuhi kehendak keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang.

Dengan mematuhi DPF EU-A.S., Lanjutan UK ke DPF EU-A.S. dan DPF Swiss-A.S., EA komited untuk bekerjasama dan mematuhi nasihat panel yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa perlindungan data (DPA) EU, UK Information Commissioner’s Office (ICO) (Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK) dan Gibraltar Regulatory Authority (GRA) (Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Gibraltar) dan Swiss Federal Data Protection and Information Commissioner (FDPIC) (Pesuruhjaya Perlindungan Data dan Maklumat Persekutuan Switzerland) berkenaan dengan aduan yang tidak diselesaikan mengenai pengendalian data sumber manusia oleh kami yang diterima dengan pergantungan pada DPF EU-A.S., Lanjutan UK ke DPF EU-A.S., dan DPF Swiss-A.S. dalam konteks hubungan pekerjaan.

Bagi aduan berkenaan dengan pematuhan DPF yang tidak diselesaikan oleh mana-mana mekanisme DPF lain, anda berkemungkinan, di bawah syarat-syarat tertentu, untuk menggunakan timbang tara mengikat. Maklumat lanjut boleh didapati pada laman web DPF rasmi: https://www.dataprivacyframework.gov/.

Amalan privasi EA Inc. mematuhi Sistem Cross-Border Privacy Rules Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (CBPR APEC). Sistem APEC CBPR menyediakan rangka kerja bagi organisasi bagi memastikan perlindungan maklumat peribadi yang dipindahkan di kalangan ekonomi APEC yang mengambil bahagian. Maklumat lanjut tentang rangka kerja APEC boleh didapati di sini: https://www.apec.org/about-us/about-apec/fact-sheets/what-is-the-cross-border-privacy-rules-system.

Bagi calon EA yang tinggal di Tanah Besar China, EA akan bergantung pada perjanjian pemindahan data rentas sempadan (termasuk terma dalam kontrak standard yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Ruang Siber China, jika berkenaan) antara Electronic Arts Computer Software (Shanghai) Co., Ltd. dan EA Inc. untuk memindahkan maklumat peribadi bagi tujuan yang diterangkan di atas. EA wajib secara kontraktual untuk memastikan bahawa terdapat perlindungan yang perlu dan sesuai untuk mengekalkan keselamatan maklumat peribadi anda semasa dan selepas pemindahan.

6. Cara Kami Melindungi Maklumat Peribadi Anda

Keselamatan maklumat anda adalah keutamaan di EA dan kami mengambil pelbagai langkah untuk membantu melindunginya, termasuk menyulitkan maklumat yang sensitif. Walaupun begitu, sila ambil perhatian bahawa tiada langkah keselamatan adalah sempurna. Oleh itu, kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat anda pada setiap masa. Anda harus sentiasa berwaspada terhadap perlindungan maklumat peribadi anda. Ketahui lebih lanjut tentang EA Security.

7. Penyimpanan Maklumat Peribadi Anda

Kami menyimpan maklumat yang kami kumpulkan selama yang perlu untuk memproses maklumat peribadi anda kerana ia berkaitan dengan pencalonan anda untuk jawatan di EA, dan kami boleh menyimpan maklumat itu selepas tempoh itu jika perlu atas alasan perundangan, operasi, atau alasan sah lain. Pada umumnya, hal ini bermakna EA menyimpan maklumat peribadi anda selama Akaun anda tetap aktif dan seperti yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA.

Akaun anda mungkin dinyahaktifkan dan sesetengah maklumat peribadi mungkin dipadamkan secara automatik daripada pangkalan data Akaun selepas tempoh tidak aktif. Kami boleh menyimpan maklumat lain selama tempoh masa yang munasabah selepas penyahaktifan akaun atau selepas menyediakan mana-mana Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA yang lain bagi tujuan seperti menjawab pertanyaan pengambilan pekerja, menangani hal-hal perundangan, atau untuk mematuhi kehendak kearkiban atau kehendak perundangan lain.

Setakat mana yang mungkin, kami juga mungkin membatalkan pengenalpastian, mengawanama atau menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan, atau mengumpulnya dengan cara supaya anda tidak dikenal pasti secara langsung. Kami boleh menggunakan dan berkongsi maklumat tersebut seperti yang diperlukan untuk tujuan perniagaan kami dan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

8. Hak Privasi Anda

Anda mungkin berhak menggunakan beberapa hak privasi, seperti:

Hak untuk mengakses (atau "tahu"). Anda mungkin berhak mengakses maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda, termasuk kategori maklumat peribadi yang dikumpulkan, tempat yang darinya kami mengumpulkan maklumat itu, sebab dan cara kami menggunakannya dan siapa yang mungkin menerima maklumat ini.

Hak pembetulan dan pemadaman. Anda boleh meminta pembetulan maklumat peribadi anda di mana ia tidak tepat. Anda juga boleh membetulkan, mengemaskinikan atau memadamkan maklumat peribadi anda dengan mengakses profil pengguna anda secara dalam talian.

Jika Akaun anda dipadamkan, anda tidak akan dipertimbangkan untuk jawatan yang tersedia di EA melainkan anda menyerahkan maklumat anda melalui cara lain. Sekiranya anda ingin memadamkan maklumat peribadi anda, EA mungkin masih dikehendaki supaya menyimpan maklumat peribadi tertentu atas alasan perundangan atau pentadbiran. Contohnya, EA mungkin memerlukan sesetengah maklumat peribadi untuk menyelesaikan pertikaian, melindungi hak undang-undang kami dan mematuhi kehendak dan kekangan teknikal dan undang-undang berkaitan dengan keselamatan, keutuhan dan operasi perniagaan kami. Walau bagaimanapun, kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi selama yang semunasabahnya perlu untuk mematuhi undang-undang dan menjalankan perniagaan kami.

Jika kami bergantung pada persetujuan untuk mengumpulkan dan menggunakan maklumat tentang anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, hal ini tidak mempengaruhi pemprosesan data maklumat peribadi itu sebelum permintaan anda untuk menarik balik persetujuan anda.

Hak-hak Lain

Anda mungkin berhak membantah pemprosesan maklumat peribadi anda bagi tujuan tertentu, dan hak untuk tidak menerima perlakuan berdiskriminasi bagi penggunaan hak privasi ini.

Cara untuk menggunakan hak anda. Untuk meminta akses kepada apa-apa maklumat peribadi lain yang kami pegang tentang anda, untuk meminta pemadaman, atau untuk menyerahkan permintaan lain berhubung dengan hak privasi anda, sila serahkan permintaan itu melalui portal My Privacy Rights (Hak Privasi Saya) kami dan klik pada “EA candidates’ privacy enquiries” (Pertanyaan privasi calon EA). Sebelum kami memproses apa-apa permintaan, kami mungkin meminta maklumat peribadi tertentu daripada anda untuk menentusahkan identiti anda.

Anda boleh membuat rayun tentang keputusan kami berkenaan dengan hak privasi anda. Untuk berbuat demikian, sila lawati portal My Privacy Rights (Hak Privasi Saya) kami dan klik pada “EA candidates’ privacy enquiries” (Pertanyaan privasi calon EA).

Pengesahan pemilikan akaun. Jika anda menghubungi kami melalui alat komunikasi EA anda yang diizinkan (seperti e-mel), kami secara umum akan menganggap cara tersebut sebagai pengesahan identiti anda yang mencukupi untuk memproses permintaan anda. Bergantung pada jenis hak yang dilaksanakan dan mod permintaan pelaksaan hak terbabit, kami mungkin memerlukan pengesahan tambahan bagi identiti anda.

Ejen dibenarkan. Anda boleh menggunakan ejen dibenarkan untuk membuat permintaan bagi menggunakan hak privasi anda. Jika anda menggunakan ejen dibenarkan untuk menggunakan hak anda bagi pemadaman, pengaksesan atau pembetulan, kami akan menghendaki anda supaya menentusahkan identiti anda terus dengan kami, melainkan anda telah memberi ejen anda surat kuasa wakil yang sah selaras dengan undang-undang tempatan yang berkaitan, seperti undang-undang California yang merangkumi bukti identiti yang sama.

9. Perkhidmatan Pihak Ketiga

Laman web Perkhidmatan Pengambilan Pekerja EA mungkin mengandungi pautan kepada perkhidmatan pihak ketiga (cth., jika anda berkongsi salah satu pekerjaan terbuka kami pada media sosial). Dengan mengklik pada pautan itu, anda akan melawati perkhidmatan atau laman pihak ketiga yang tidak dikawal oleh EA. Sila rujuk kepada dasar privasi perkhidmatan atau laman itu kerana penggunaan laman dan perkhidmatan pihak ketiga oleh anda dikawal oleh dasar privasinya.

10. Maklumat untuk Penduduk California

A. “Notis Pengumpulan”

Kategori maklumat peribadi berikut mungkin telah dikumpulkan dan didedahkan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya, kerana kategori ini ditakrifkan di bawah California Consumer Privacy Act (Akta Privasi Pengguna California) (“CCPA”):

Pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat ini dibuat untuk satu atau lebih tujuan perniagaan atau komersial yang disenaraikan dalam Bahagian 2: Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi.

Kami mungkin mengumpulkan dan mendedahkan kategori maklumat peribadi lain setakat mana anda memberikannya melalui sistem syarikat.

Kami tidak Menjual atau Berkongsi maklumat peribadi (sebagaimana kategori ini ditakrifkan di bawah CCPA).

Kami menyimpan maklumat yang kami kumpulkan selama yang perlu, dan kami boleh menyimpan maklumat itu selepas tempoh itu jika perlu atas alasan perundangan, operasi atau alasan sah yang lain. Lihat Bahagian 7: Penyimpanan Maklumat Peribadi Anda untuk mendapatkan butiran lanjut.

B. Notis Privasi California Tambahan

Sila lihat di bawah untuk mendapatkan butiran tambahan mengenai cara kami memproses maklumat peribadi anda, yang mengandungi notis di atas.

Bagi setiap kategori maklumat peribadi yang dirujuk di atas:

C. Hak Anda

Sila lihat Bahagian 8: Hak Privasi Anda untuk mendapatkan ringkasan hak privasi California anda dan cara untuk menggunakannya.

11. Entiti EA yang mungkin bertindak sebagai pengawal data untuk Maklumat Peribadi Calon/Referi EEA, United Kingdom dan Switzerland


Electronic Arts, Inc.

209 Redwood Shores Parkway
Redwood City, CA 94065
USA
EA Spain

ELECTRONIC ARTS SOFTWARE S.L
Calle Via De Los Poblados 3,
Edificio 3
Madrid 28033
Spain
EA Ltd (UK)

Electronic Arts Limited Onslow
House, Onslow Street, Guildford,
GU1 4TN, United Kingdom
Electronic Arts Ireland Limited

Electronic Arts Ireland Limited
Unit 1, IDA Business Park
Ballybrit
Galway
Ireland
EA Germany

Electronic Arts GmbH
Im Zollhafen 15-17
50678 Köln, NRW
Germany
EA Sweden

Electronic Arts Sweden AB
Södermalmsallén 36, 9fl
118 28 Stockholm
Sweden
EA Poland

Electronic Arts Polska SP. Z O.O.
Ambassador Office Building
Ul. Domaniewska 34A, 02-672
Warsaw, Poland
EA DICE AB

EA Digital Illusions CE AB
Södermalmsallén 36, 9fl
118 28 Stockholm
Sweden
EA France

Electronic Arts Publishing Sarl
18, rue Félix Mangini
69009 Lyon
Rhône
EA Finland

Electronic Arts Finland OY
Keskuskatu 7
Helsinki, Finland
EA BV (Netherlands)

Electronic Arts Nederland BV
THE BASE
Evert van de Beekstraat 1-104
(7th floor)
1118 CN Schiphol Centrum.
Electronic Arts Romania SRL

Electronic Arts Romania SRL
Nr. 4F, Cladirea AFI Park 2,
Bulevardul, General Paul Teodorescu, Sector 6,
Bucharest, Romania
EA Italy

Electronic Arts Italia S.R.L.
Via Giuseppe Mazzini 9, 20123
Milan, Italy
EA Swiss Sàrl

EA Swiss Sàrl
Place du Molard 8
Geneva 1204
Switzerland
EA Mexico

EA Mexico S.De. R.L. De C.V.
Corporativo One o One
Juan Salvador Agraz 65,
Colonia El Molinito,
Delegación Cuajilmapa,
CP 05310 México D.F.

12. Perubahan pada Notis Ini

Notis ini mungkin dipinda selaras dengan keperluan undang-undang, peraturan dan pensijilan yang berkenaan. Apabila EA mengemaskinikan notis, kami akan menyemak tarikh "Kemas Kini Terakhir" pada bahagian akhir dokumen ini. Kami akan memberitahu calon mengenai apa-apa perubahan penting pada notis ini tiga puluh (30) hari sebelum perubahan tersebut mula berkuat kuasa.

13. Hubungi Kami

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang notis ini, sila gunakan portal My Privacy Rights (Hak Privasi Saya) kami untuk menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami.

Untuk menghubungi EA, termasuk Pegawai Perlindungan Data kami, anda juga boleh menggunakan alamat berikut: Electronic Arts Inc., 209 Redwood Shores Parkway, Redwood City, CA 94065. Wakil Electronic Arts Inc. di Kesatuan Eropah adalah Electronic Arts Ireland Limited, Parkmore West Business Park, 1, Ballybrit, Galway, H91 Y2R5, Ireland. Wakil Electronic Arts Inc. di United Kingdom adalah Electronic Arts Limited, Onslow House, Onslow Street, Guildford, GU1 4TN, United Kingdom.

14. Hak Menghubungi Pihak Berkuasa Perlindungan Data

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat, sila hubungi kami. Anda juga berhak menghubungi Pihak Berkuasa Perlindungan Data tempatan anda jika anda mahu seperti:

Jika wajar, pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda juga boleh memajukan perkara itu kepada U.S. Department of Commerce (Jabatan Perdagangan A.S) atau FTC untuk pertimbangan.

Jika anda mempunyai kebimbangan yang tidak dapat diselesaikan mengenai amalan data kami yang belum ditangani oleh kami dengan memuaskan, sila hubungi pembekal penyelesaian pertikaian pihak ketiga kami yang berpangkalan di A.S (percuma).

15. Pendedahan Tambahan

Penyerahan Bahan

Pada umumnya, bahan tidak dikehendaki. Jika calon memilih untuk menyerahkan Bahan, sama ada daripada Google Drive mereka atau sebaliknya, kami akan menggunakan Bahan itu hanya untuk tujuan penilaian. Salinan bahan boleh tetap dilampirkan pada profil calon dan akan disingkirkan mengikut peraturan penyimpanan data yang siap diatur.

EA melibatkan diri dalam program berterusan untuk membangunkan produk dan idea baharu secara dalaman, dan kami juga sering menerima serahan lain untuk pertimbangan. Produk, idea atau konsep yang dibangunkan oleh EA secara dalaman atau yang diserahkan oleh orang lain mungkin serupa dengan Bahan calon. Akibatnya, kami tidak boleh bersetuju untuk menganggap apa-apa Bahan yang diserahkan sebagai sulit, walaupun ia ditandakan sebagai sulit atau proprietari. Penerimaan atau penyemakan oleh kami ke atas Bahan calon tidak menandakan bahawa kami akan menggunakan, membangunkan atau memasarkannya. Begitu juga penyemakan oleh kami ke atas Bahan calon tidak menghalang kami daripada menggunakan, membangunkan atau memasarkan teknologi, idea atau produk yang mungkin serupa dengan Bahan tersebut dari segi konsep atau idea.


Kemas Kini Terakhir: 10 Oktober 2023